Mengejutkan! PM New Zealand Jacinda Ardern Letak Jawatan

519

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden membuat pengumuman mengejut untuk berundur daripada jawatannya pada bulan depan.

Bercakap pada sidang akhbar pada hari Khamis, Ardern berkata penggalnya akan berakhir pada 7 Februari.

Jelasnya, beliau sudah tidak mempunyai tenaga atau inspirasi untuk bertanding semula pada pilihan raya Oktober kelak.

Ardern, 42, menjadi pemimpin wanita termuda di dunia apabila mengetuai Parti Buruhnya dan dilantik sebagai Perdana Menteri pada usia 37 tahun pada 2017. 

Sepanjang 5 tahun kepimpinan beliau, banyak perkara telah dihadapinya termasuk wabak pandemik Covid-19, serangan pengganas Christchurch 2019 dan letusan gunung berapi maut di White Island.

Jacinda Ardern juga menyerlahkan pencapaian yang dibuat sepanjang tempoh perkhidmatannya, termasuk undang-undang mengenai perubahan iklim dan kemiskinan kanak-kanak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat