Menstabilkan Pasaran Minyak Tahun Depan Perlukan Langkah Luar Biasa – Barkindo OPEC

59

Mohammad Barkindo, Setiasausaha Agung OPEC semalam berkata OPEC dan pengeluar lain perlu mengambil tindakkan yang lebih daripada kebiasaan bagi menstabilkan pasaran minyak tahun hadapan.

“Kebanyakkan daripada kami sepakat bahawa pasaran sedang dalam proses kestabilan. Kami bergerak secara beransur-ansur namun berterusan ke arah mencapai objektif kami.” kata Barkindo kepada wartawan dalam forum tenaga India di New Delhi.

“Untuk kekalkan keadaan ini tahun depan, langkah luar biasa diperlukan bagi menjamin kestabilan berterusan di masa hadapan”, tambah beliau.

Arab Saudi dan Rusia berjaya mendapatkan persetujuan antara OPEC dan 10 pengeluar utama lain untuk memotong pengeluaran minyak sehingga 1.8 juta tong sehari (bdp) sehingga Mac 2018 dalam usaha mengurangkan lebihan bekalan minyak global.

Barkindo menjelaskan rundingan sedang berjalan bagi membincangkan lanjutan tempoh perjanjian melebih had yang dipersetujui, dan mungkin akan terdapat tambahan negara pengeluar yang lain untuk turut bersama dalam perjanjian dalam mesyuarat OPEC seterusnya pada 30 November depan.

Beliau mengatakan Nigeria dan Libya yang sebelum ini dikecualikan mungkin akan dimasukkan ke dalam perjanjian selepas pengeluaran minyak mereka kembali pulih sepenuhnya. Beliau juga tidak risau dengan peningkatan pengeluaran minyak dan gas di US.

“Pasaran ini adalah besar dan mempunyai permintaan yang kuat. Antara pertengahan tahun pertama dan kedua tahun ini, permintaan telah meningkat hampir 2 juta tong sehari (bdp) yang mana sangat kukuh. Jadi setiap pengeluar mempunyai peranan masing-masing” jelas beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat