Menteri Kewangan Jerman Ini Menyuarakan Kebimbangan Terhadap Dasar Pelonggaran Monetari

51

Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble berpendapat bahawa dasar kewangan yang ultra longgar di beberapa kawasan bakal meningkatkan risiko kewangan yang baru. Beliau juga mengeluarkan gesaan pada Selasa agar dasar itu ditamatkan tepat pada masanya.

Kadar faedah yang agak rendah di Bank Pusat Eropah serta program pembelian bon yang dijalankan oleh bank berkenaan membantu dalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi terbesar di Eropah. Namun, kebanyakan penggubal dasar di Jerman bimbang langkah tersebut turut akan memberi kesan kepada ledakan harga asset (asset bubble).

Menurut Schaeuble lagi, dasar yang terlalu longgar berpotensi meningkatkan risiko kepada satu lagi fasa krisis kewangan.

Dasar sedia ada juga telah menolak hutang ke paras rekod terendah dan menghalang kerajaan daripada pembaharuan struktur.

Dunia global disifatkan masih merasai kesan krisis kewangan yang lepas. Justeru, ECB tidak boleh menolak kemungkinan kepada pergolakan lanjut. Schaeuble juga berpendapat bahawa ekonomi perlu meningkatkan daya tahan bagi menyerap sebarang kejutan yang bakal berlaku pada masa depan.

Dalam masa yang sama, ECB disifatkan perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap hutang global, awam dan swasta yang telah meningkat ke tahap yang agak tinggi dalam sejarah.

ECB minggu lalu juga telah mengekalkan pendirian ultra longgar berikutan tekanan inflasi yang kekal berada di tahap yang rendah.

Walau bagaimanapun, Presiden ECB, Mario Draghi menyatakan bahawa ekonomi Zon Euro telah bertambah baik dan risiko kemerosotan telah semakin susut disamping meletakkan potensi perubahan di dalam mesyuarat Jun.

Rupa-Rupanya Ini Faktor Yang Mendorong Kebangkitan Harga Minyak Pagi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat