Menurut Coinbase, Ini Risiko Buat Bitcoin & Ethereum

2,548

Sedar tidak sedar, pasaran matawang kripto telah kehilangan lebih $400 bilion sejak rekod tertingginya pada minggu lepas, mengundang kegelisahan dalam kalangan pelabur.

Lagi-lagi Bitcoin (BTC) menjadi tumpuan dunia selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $58,330 pada minggu lalu menyaksikan penurunan lebih 25% ke paras terendah $43,537 malam tadi.

Dalam persediaan penawaran awam permulaan (initial public offering, IPO), Coinbase ada menyenaraikan beberapa faktor yang boleh memberi kesan kepada harga bitcoin dan ethereum hingga mungkin mendorong kepada ‘keruntuhan’ era kedua-dua matawang tersebut.

Ia merangkumi: gangguan, hacking, pembahagian dalam rangkaian utama (forks), perkembangan kuantum pengkomputeran dan undang-undang yang berada di dalam genggaman setiausa perbendaharaan, Janet Yellen.

Masa depan dan perkembangan kripto bergantung kepada beberapa faktor yang sukar diagak dan dinilai. Misalnya, Coinbase percaya identiti pengasas bitcoin, Satoshi Nakamoto mampu mendedahkan raja matawang kripto itu kepada risiko besar termasuk transaksi bitcoin.

Ada juga pendapat yang mengatakan pendedahkan identiti Nakamoto mampu merosakkan ciri desentralisasi dan reputasi Bitcoin memandangkan identiti Nakamoto masih lagi misteri setelah berkali-kali gagal mendedahkan pengasas sebenar matawang itu menjadi kegilaan media.

Sifat Bitcoin yang sangat volatile dapat dibuktikan apabila pada 2017, Bitcoin melonjak ke paras sekitar $20,000 sebelum mendadak susut kepada $3,000 pada hujung 2018.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $46,389 dan Ethereum mencatatkan harga $1,450.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat