Menutup Dagangan Minggu Ini, EUR/USD Akan Terus Bergerak Ke Paras Lebih Rendah?

728

US dolar pada dagangan sesi New York semalam dilihat bergerak kukuh walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (A.S) yang menjadi tumpuan semalam diterbitkan lemah.

Baca data tuntutan pengangguran di A.S masih lagi tinggi hampir mencecah 3 juta untuk minggu lalu, namun bacaan tersebut dinilai semakin menurun dari bacaan minggu-minggu sebelum ini. Ini juga memberi isyarat kesan penularan wabak pandemik yang semakin perlahan.

Namun begitu, sentimen pasaran yang menunjukkan pemulihan bakal menghadkan peningkatan pada nilai dagangan US dolar dalam pasaran.

Sementara itu, matawang Euro terus bergerak lemah sehingga ke penghujung dagangan minggu ini dan dapat dilihat pergerakan menurun harga pada carta pasangan matawang EUR/USD.

Pada dagangan semalam, harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan trend kekal bearish pada carta EUR/USD.

Harga bergerak dari pada sesi Asia semalam pada sekitar paras 1.08200 sebelum meneruskan penurunan dengan paras terendah harian dicapai pada sekitar 1.07740.

Pergerakan harga dilihat lebih aktif pada sesi New York semalam dengan reaksi bercampur-campur pasaran terhadap data ekonomi yang diterbitkan.

Pengukuhan US dolar sebelum itu telah didorong oleh kenyataan positif Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang meyakinkan bahawa kadar faedah tidak akan diturunkan ke paras negatif.

Harga pada carta EUR/USD menunjukkan kenaikan pada penghujung sesi dagangan New York sebelum menutup dagangan sekitar 1.08000.

Memulakan dagangan sesi Asia pada pagi ini di sekitar paras tersebut, harga bergerak mendatar sebelum menunjukkan tanda-tanda untuk menyambung penurunan semula.

Penurunan yang diteruskan dilihat akan menguji paras terendah harian semalam sebelum turun lebih rendah menuju zon support sekitar paras 1.07300.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga akan cuba menembusi halangan dinamik MA50 dan menguji zon tumpuan harga sekitar 1.08200.

Kenaikan seterusnya akan menguji paras ketinggian dagangan minggu di pada zon SBR (support become resistance) di bawah paras 1.09000.

Tumpuan akan turut terarah pada data ekonomi zon Eropah dan juga data jualan runcit Amerika Syarikat hari ini yang akan mempengaruhi dagangan Euro dan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat