Mesyuarat BOE Bakal Pacu Pergerakan Harga Bagi GBP/USD

738

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pada dagangan semalam melihatkan arah pergerakan harga yang masih kurang jelas dengan kedua-dua matawang Pound Sterling dan US dolar diniagakan berisiko dalam pasaran.

Pasaran kini menantikan keputusan mesyuarat bank pusat England untuk penetapan kadar faedah terbaru serta kaedah yang diperkenalkan dalam dasar monetari dalam suasana yang tidak menentu sekarang.

Sejak 2 minggu lalu, Bank of England (BoE) telah membuat keputusan penurunan kadar sebanyak 2 kali di luar jadual mesyuarat polisi dan kini kadar faedah berada di tahap terendah pada paras 0.10%.

Turut dinantikan adalah data tuntutan pengangguran (jobless claim) Amerika Syarikat yang dijangka akan meningkat dengan mendadak sehingga lebih 1.5 juta disebabkan ramai yang terkesan oleh penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Pound Sterling diniagakan lebih kukuh berbanding US dolar pada sesi Asia semalam sehingga ke sesi Eropah, namun menjelang sesi pasaran New York harga kembali membuat penurunan semula.

Kenaikan harga sehingga 200 pips pada awalnya telah mencapai paras ketinggian 1.19700 sebelum harga kembali menjunam 330 pips ke sekitar 1.16400 menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Harga kemudian kembali membuat kenaikan dan menutup dagangan sesi New York di paras yang lebih tinggi.

Bersambung pada sesi dagangan hari ini, harga bergerak mendatar di bawah paras 1.1900 dan masih berada di atas paras sokongan dinamik MA50.

Jika harga membuat penurunan, paras terendah harian semalam akan diuji sebelum harga turun lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan kembali menuju zon support yang diuji sejak minggu lalu di sekitar paras 1.14500.

Namun jika harga terus membuat lonjakan melepasi paras ketinggian 1.19700 yang juga merupakan zon SBR (support become resistance), kenaikan dijangka akan menuju ke sekitar paras 1.2200.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat