Mesyuarat ECB Jadi Bualan, Ini Keputusan Pembelian Aset Terkini Di Ambil Oleh ECB!

289

Bank Pusat Eropah telah membuat keputusan akan tetap terus dengan perancangan mereka untuk menamatkan pembelian bon yang dilaksanakan sejak penularan Covid-19. Tambah ECB, mereka akan menghentikan semua pembelian asetnya secara berperingkat pada musim panas jika inflasi gagal turun dengan cukup pantas.

Seperti yang dijangkakan, ECB berkata ia akan mempercepatkan penamatan pembelian bon di bawah Program Pembelian Aset yang telah dilaksanakan sebelum Covid-19 kepada 40 bilion euro pada April, jatuh kepada 30 bilion pada Mei dan 10 bilion pada Jun. Selepas itu, ECB akan menentukan kadarnya selepas melihat data pada suku ketiga.

Menurut Governing Council, jika data tidak menyokong jangkaan bahawa prospek inflasi jangka sederhana tidak berkurangan walaupun selepas penamatan pembelian bon maka mereka akan memutuskan pembelian bersih di bawah APP pada suku ketiga.

Matawang Euro mengukuh berbanding US dolar selepas laporan dikeluarkan kepada paras dagangan 1.1114. Ramai yang menjangkakan ECB akan memberi isyarat kesediaan yang lebih besar untuk bertolak ansur dengan inflasi yang tinggi dalam jangka pendek, memandangkan ketidaktentuan mengenai prospek ekonomi yang disebabkan oleh perang di Ukraine dan tindak balas Barat terhadapnya.

ECB terperangkap dengan panduan sebelumnya mengenai kadar faedah utamanya, yang utamanya kekal pada -0.5%. Walaupun terdapat petunjuk oleh Presiden Christine Lagarde pada sidang akhbarnya sebelum ini bahawa beliau terbuka kepada kemungkinan menaikkan kadar pada akhir tahun ini.

ECB menyatakan bahawa mereka menjangkakan untuk mengekalkan kadar sehingga diyakini bahawa inflasi boleh kekal bertahan di sekitar paras sasarannya sebanyak 2% dalam jangka sederhana.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat