Mesyuarat ECB Jadi Tumpuan, EUR/JPY Bakal Turun 100 Pips Hari Ini?

567

Dagangan dolar Euro bakal menjadi tumpuan pelabur pada hari ini. Selain terpalit dengan isu Brexit, tumpuan turut terarah pada data ekonomi zon Eropah dan juga keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat Eropah untuk edisi Oktober.

Sesi Eropah hari ini akan dihiasi oleh data PMI perkhidmatan dan pembuatan bermula di Perancis kemudian di Jerman sebelum bacaan data untuk keseluruhan zon Eropah.

Pada jam 7.45 petang waktu Malaysia, keputusan bagi penetapan kadar faedah oleh European Central Bank (ECB) akan dikeluarkan. ECB dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras 0.00% seperti sebelumnya.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/JPY semalam, harga dilihat bergerak sedikit menurun pada sesi Asia, mendatar pada sesi Eropah dan kemudian menunjukkan kenaikan pada sesi pasaran New York dengan kadar pergerakan yang perlahan.

Kenaikan harga yang dibuat telah melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) sebelum harga mendatar di paras resistance pada 121.000.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat masih berlegar menguji paras resistance tersebut dengan jangkaan dagangan Euro akan perlahan sehingga data ekonomi zon Eropah diterbitkan pada petang ini.

Kenyataan susulan bank pusat akan lebih memberi kesan terhadap pergerakan harga khususnya dolar Euro. Jika matawang Eropah tersebut mengalami penyusutan, harga dijangka akan membuat penurunan sehingga ke paras sekitar 120.000 iaitu 100 pips lebih rendah berbanding paras ketinggian semalam.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju pula ke paras support sekitar 119.200 sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah terbaru.

Namun jika harga meneruskan kenaikan selepas mendatar sepanjang minggu, paras resistance pada 121.400 bakal ditembusi harga untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi dari paras 121.700.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat