Mesyuarat FOMC Menjelang Tiba, Pasaran Matawang Sudah Sedia?

461

Pembukaan dagangan awal minggu menyaksikan pelabur terus berwaspada menjelang mesyuarat polisi FOMC, memperlihatkan pergerakan pasaran mata wang yang perlahan pada sesi Asia.

US dolar didagangkan sedikit meningkat dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan memberi petunjuk terbaharu untuk menaikkan kadar faedahnya pada kadar lebih pantas pada mesyuarat yang akan berlangsung minggu ini.

Selain itu, pelabur juga turut menumpukan perhatian kepada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat pada hari Khamis yang akan menunjukkan peertumbuhan ekonomi terbesar dunia itu pada suku keempat 2021.

Meneliti pergerakan mata wang utama lain, dolar Aussie kekal didagangkan suram berbanding USD, dengan tumpuan pelabur kini beralih kepada data inflasi pada hari Selasa sebelum mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) diadakan minggu depan.

Walaupun negara itu masih lagi diancam Covid-19, tetapi beberapa data menunjukkan bacaan yang kukuh menyebabkan terdapat penganalisis yang menjangkakan RBA akan mengurangkan atau membatalkan program pembelian bon.

Sementara itu, mata wang pound bergerak di sekitar paras terendah satu minggu selepas dikecewakan oleh data jualan runcit UK yang menunjukkan bacaan lebih lemah dari dijangkakan pada bulan Disember.

Perhatian pelabur kini beralih kepada anggaran awal data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK pada sesi Eropah hari ini yang dijangka menunjukkan pertumbuhan yang sedikit perlahan pada bulan Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat