Meta Bakal Perkenalkan ‘Zuck Bucks’ Untuk Digunakan Di Metaverse

1,596

‘Ini bukan cobaan, ini betul-betul.’

Meta Platforms Inc dilaporkan bersiap sedia untuk perkenalkan token maya dan mata wang kripto bagi aplikasi-aplikasinya dengan tujuan untuk memberi ganjaran, pemberi pinjaman dan perkhidmatan kewangan lain.

Langkah yang masih dalam peringkat perancangan tersebut telah dikemukakan oleh Meta dalam usahanya untuk mengembangkan perkhidmatan berpusat di sekitar metaverse.

Andai berjaya dilaksanakan, ia boleh bantu Meta perolehi pendapatan baru dan kawalan ke atas urusniaga dalam aplikasi-aplikasi miliknya seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Meta Quest, platform realiti maya syarikat.

Memetik sumber dari Financial Times, kripto Meta yang desas-desus menggelarkannya ‘Zuck Bucks‘ akan digunakan untuk metaverse dan mungkin tidak bersandarkan pada blockchain.

Terangnya, Meta juga akan perkenalkan token dalam aplikasi (in-app) yang akan dikawal secara berpusat oleh syarikat dan token tersebut boleh digunakan untuk membayar pencipta kandungan (creators) kegemaran di Instagram atau memberi ganjaran kepada seseorang yang membuat sumbangan bermakna dalam Facebook groups.

Sementara itu, jurucakap Meta menyatakan bahawa buat masa kini mereka sedang memberi tumpuan kepada pembinaan metaverse yang termasuk ‘rupa sistem pembayaran dan perkhidmatan kewangan’.

Umumnya, Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg pernah memberitahu bahawa Instagram akan memperkenalkan ciri non-fungible tokens (NFT) dalam masa terdekat ini.

Selain itu, Meta juga telah menyertai Crypto Open Patent Alliance (COPA) iaitu sekumpulan syarikat yang diketuai Jack Dorsey, pengasas Block Inc yang berjanji untuk mempromosikan akses terbuka kepada teknologi mata wang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat