Meta Kolaborasi Dengan Jenama Terkemuka Hasilkan Pakaian Digital

360

‘Dalam dunia maya pun kena style betul tak?’

Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platform Inc, Mark Zuckerberg lancarkan kedai pakaian digital yang boleh digunakan dalam  dunia metaverse bersama jenama-jenama fesyan terkemuka dunia.

Menerusi ucapan ketika live Instagram, Zuckerberg menyatakan kerjasama dengan jenama terkemuka seperti Balenciaga, Prada dan Thom Browne akan menawarkan pakaian untuk dibeli dan dipakaikan pada avatar dalam metaverse.

Tambah beliau lagi, Meta akan membina kedai-kedai tersebut berkonsepkan pasaran terbuka yang membolehkan developer mencipta dan menjual pelbagai jenis pakaian digital kepada umum.

Menyingkap mengenai avatar, ia adalah medium utama yang memanifiestasi pengguna ke dalam dunia maya metaverse, di mana ia boleh berhubung antara satu sama lain melalui penggunaan set kepala VR.

Menurut kenyataan syarikat, avatar Meta bukan sahaja boleh digunakan untuk bermain permainan video malah boleh dipakai dalam aktiviti seharian seperti bersenam dan menghadiri persidangan.

Berbalik kepada berita asal, jurucakap Meta memberitahu bahawa harga bagi pakaian berjenama tersebut akan dijual pada tanda harga $2.99 dan $8.99 iaitu jauh lebih murah dari harga asal di dunia nyata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat