“Hmm agaknya macam mana boleh jadi pemegang terbesar BTC eh?”
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) adalah salah satu pemegang Bitcoin (BTC) terbesar susulan memiliki lebih 200,000 aset digital itu bernilai $5 bilion walaupun bertindak menjual beribu-ribu BTC pada awal tahun ini.
Menerusi pemerhatian, wallet BTC kerajaan AS telah melakukan tiga rampasan terbesar aset digital itu, di mana ia rampas 69,369 BTC daripada Silk Road pada November 2020, 94,643 BTC daripada Bitfinex Hack pada Januari 2022 dan 51,326 daripada James Zhong pada Mac 2022.
Kerajaan AS telah menyimpan BTC di luar talian dalam peranti encrypted storage atau lebih dikenali sebagai wallet hardware yang disimpan di bawah Jabatan Kehakiman dan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri.
Memang tidak dinafikan aset digital dirampas bukan menjadi milik kerajaan serta merta, tetapi Perkhidmatan Marshal AS hanya akan menerima BTC yang dirampas selepas mahkamah mengeluarkan penghakiman rampasan muktamad.
Selain itu, kerajaan AS juga boleh menjual sebahagian daripada BTC dari semasa ke semasa melalui sistem lelongan berdasarkan perintah pembubaran mahkamah.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa lelongan kerajaan yang paling ketara telah berlaku pada tahun 2014 apabila jutawan Tim Draper membeli 30,000 BTC.
Namun, kerajaan AS sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah beralih pada bursa mata wang kripto untuk jual BTC yang dirampas melalui lelongan awam, misalnya kerajaan telah jual 9,118 BTC di Coinbase pada Mac 2023.