“Kesabaran miner ni setinggi langit, rasanya kalau harga BTC naik sikit semua orang dah jual.”
Ki Young Ji, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CryptoQuant mendedahkan seorang miner Bitcoin (BTC) yang menghasilkan 150 BTC pada tahun 2009 semasa harganya berada pada $0.13 telah menjual simpanannya untuk jana keuntungan $6.5 juta pada tahun lepas.
Selain melaporkan miner itu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun setelah memegang dan menjual BTC beliau, jumlah keuntungan pelaburannya menyamai 5,000,000,000%, ulas CEO CryptoQuant lagi dalam akaun Twitter miliknya.
Umum mengetahui bahawa individu tersebut yang berminat untuk menyertai pasaran mata wang kripto telah mining 150 BTC pada November 2009.
Dengan kesabaran yang tinggi, miner itu yang berhasrat raih keuntungan lumayan telah memegang BTC dalam jangka panjang dan kemudian menjualnya pada April tahun lepas apabila harganya berada pada $43,000.
Namun perlu diketahui pelaburan tersebut mampu membawa keuntungan lebih besar sekiranya miner bertindak menjual pegangannya semasa harganya melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa hampir $70,000 pada tahun 2021.
Bagaimanapun, sesetengah pengguna platform media sosial Twitter berpandangan bahawa tindakan miner tersebut adalah pada masa yang sesuai susulan harga BTC didapati mengalami penyusutan pada bulan-bulan berikutnya.
Mengikut kadar semasa, simpanan akan menyamai sekitar $4.4 juta manakala nilainya kurang daripada $2.5 juta pada penghujung tahun 2022.
Setakat ini, harga BTC menjunam sebanyak 0.50% pada paras $29,381 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $571 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan sekitar 0.81% sepanjang minggu lepas.