Minit FOMC: Fed Masih Nak Naikkan Kadar Faedah, Tapi Ada Syaratnya!

472

Para pembuat dasar Federal Reserve (Fed) memberi indikasi bahawa mereka mungkin tidak akan mempertimbangkan untuk menarik balik kenaikan kadar faedah sehingga inflasi turun dengan ketara.

Menurut minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan butiran lebih jelas mengenai pertemuan Fed pada Julai, pembuat dasar menyatakan komitmen mereka untuk menurunkan inflasi kembali ke sasaran 2%.

Namun, Fed tidak memberikan panduan khusus untuk kenaikan pada masa hadapan kerana ia akan bergantung kepada data yang akan dikeluarkan sebelum membuat keputusan tersebut.

Jangkaan pasaran kini diletakkan pada kenaikan untuk 50 mata asas pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada September.

Dalam pada itu, pembuat dasar juga mengatakan terdapat beberapa tanda bahawa inflasi semakin reda dan laporan minit tersebut berulang kali menekankan keazaman Fed untuk memerangi inflasi.

Susulan itu, US dolar didagangkan sedikit berubah memandangkan pelabur masih lagi menilai  laporan tersebut dengan data ekonomi semasa yang telah diterbitkan sejak mesyuarat polisi Julai berlangsung.

Indeks harga pengguna tidak berubah untuk bulan Julai, sementara pada asas tahunan pula inflasi sedikit mereda kepada 8.5% daripada 9.1% yang dicatatkan sebelumnya.

Pasaran pekerjaan AS pula kekal kukuh dengan kadar pengangguran terus berada di paras terendah, manakala data jualan runcit baharu yang diterbitkan pada Rabu pula tidak berubah pada bulan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat