Minit FOMC: Krisis Perbankan Musnahkan Rancangan Fed

503

Pasaran telah diperlihatkan dengan terbitan laporan minit mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) bagi keputusan dasar bank pusat untuk bulan Mac pada awal pagi tadi.

Berikut merupakan catatan penting yang diambil daripada minit tersebut:

  • Sejak mesyuarat Februari, data inflasi, pekerjaan dan aktiviti ekonomi secara amnya lebih kukuh daripada jangkaan.
  • Namun, krisis perbankan pada Mac telah mempengaruhi pandangan Fed terhadap prospek ekonomi dan dasar.
  • Penggubal dasar setuju bahawa pasaran buruh kekal sangat ketat.
  • Semua penggubal dasar setuju adalah wajar untuk menaikkan kadar faedah 25 mata asas kepada julat 4.75%-5.00%.
  • Beberapa penggubal dasar pertimbang untuk kekalkan kadar faedah bagi menilai kesan kewangan dan ekonomi ekoran krisis perbankan dan pengetatan agresif Fed.
  • Tapi memutuskan untuk naikkan kadar kerana inflasi masih tinggi.
  • Kenaikan 50 mata asas turut jadi pertimbangan beberapa penggubal dasar, tapi terpaksa melupakannya disebabkan krisis perbankan yang berlaku.
  • Fed ramalkan krisis perbankan AS akan mendorong ekonomi ke dalam kemelesetan akhir tahun ini.
  • Bank pusat jangkakan pertumbuhan AS hanya 0.4% pada tahun 2023.

Rentetan daripada laporan minit ini, dapat dilihat bahawa keputusan kadar faedah baru-baru ini telah dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap krisis perbankan.

Ini menyebabkan Fed terpaksa melaksanakan kenaikan lebih kecil sebanyak 25 mata asas berbanding 50 mata asas yang dijangkakan pada awalnya.

Pada mesyuarat FOMC yang akan berlangsung 3 Mei, pelabur mengunjurkan bank pusat itu akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat