Minit Mesyuarat FOMC Buatkan Pasaran Saham Mencanak

329

Inti pati minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang mengesahkan lagi 2 kenaikan kadar faedah sebanyak 0.5% pada bulan mendatang telah menyebabkan pasaran saham sedikit positif.

Difahamkan bahawa keputusan sebulat suara pembuat dasar Federal Reserve (Fed) dalam menyelaraskan langkah pembendungan inflasi tanpa mencetus kemelesetan telah menceriakan pelabur.

Ekoran itu, indeks MSCI saham seluruh dunia capai 0.70% dan indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.63%.

Indeks MSCI Asia-Pasifik luar Jepun ditutup tinggi pada 0.25% sementara Nikkei Jepun hilang 0.26%.

Pada Wall Street pula, indeks purata Dow Jones Industrial tambah 191.66 mata atau 0.6% pada 32,120.28 sementara S&P 500 capai 37.25 mata atau 0.95% pada 3,978.73 dan Nasdaq Composite naik 170.29 mata tau 1.51% pada 11,434.74.

Menurut ketua ekonomi ANZ, Sharon Zollner, minit tersebut mengisyaratkan bahawa kenaikan besar akan memberi fleksibiliti pada jangka panjang.

Dalam pada itu, pengasas DataTreck Research, Nicholas Colas menerangkan bahawa Fed menggunakan harga saham sebagai alat memerangi inflasi, maka ia secara tidak langsung menerangkan perubahan yang berlaku dalam minggu kebelakangan ini.

Hujahnya, harga saham yang rendah mengisyaratkan kepada syarikat untuk hentikan pengambilan pekerja dan memberi kesan kepada inflasi gaji, selain mengembalikan kekayaan yang akan mengurangkan perbelanjaan pengguna.

Pada sisi berbeza, bank Rizab New Zealand dilaporkan telah menaikan kadar faedah setengah mata pada Rabu dan memberi amaran kenaikan lebih besar akan dibuat.

Ringkasan mata wang menyaksikan indeks dolar meningkat 0.393% selepas 2 sesi kerugian berbanding sejumlah mata wang utama lain manakala Euro susut 0.56% pada $1.0674.

Nota Perbendaharaan hasil 10 tahun susut 1.5 mata asas pada 2.745% sementara hasil Perbendaharaan 2 tahun turun 1.5 mata asas pada 2.506%.

Bagi komoditi, spot emas susut 0.6% pada $1,853.91 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat