Minyak Catat Untung Dari Kelemahan US Dolar!

174

Emas hitam sedikit susut pada Selasa selepas mencatat keuntungan pada sesi sebelumnya ketika kewaspadaan pasaran menguasai sentimen menjelang data inflasi Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada $93 setong, manakala dagangan minyak WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $87 setong.

Terdahulu, dagangan komoditi hitam itu telah melonjak lebih tinggi pada Isnin selepas mendapat sokongan daripada US dolar yang menyusut rendah.

Pasaran kini lebih berwaspada sementara menantikan pengeluaran data inflasi AS yang boleh mempengaruhi rancangan pengetatan Federal Reserve (Fed) dan prospek terhadap pertumbuhan global.

Kebimbangan terhadap permintaan yang didorong penutupan Covid-19 di China masih membelenggu pasaran, menyebabkan dagangan minyak mentah tidak mampu untuk bergerak lebih jauh.

Sementara itu di Amerika Syarikat, data menunjukkan bahawa rizab minyak kecemasan jatuh ke paras terendah sejak Oktober 1984.

Kemerosotan ini adalah kesan daripada penetapan oleh kerajaan pada Mac lalu untuk mengeluarkan 1 juta tong sehari dalam tempoh enam bulan untuk menangani harga bahan api yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat