Minyak Mentah Global Meneruskan Terjunan Gara-Gara Masalah Yang Sama!

46

Dagangan minyak menurun pada Isnin apabila kiraan pelantar di Amerika Syarikat menunjukkan bacaan yang lebih tinggi, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap lebihan bekalan global. Dalam masa yang sama, pengukuhan US Dollar juga memberi tekanan kepada harga.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa menjunam sebanyak 7 sen kepada AS $53.46 setong. WTI mentah pula jatuh sebanyak 3 sen menjadi $50.57 setong.

Harga minyak mentah mencatat kenaikan buat tiga hari berturut-turut berikutan jangkaan lanjutan perjanjian OPEC dan ahli-ahli non-OPEC termasuk Russia melebihi bulan Jun.

Walau bagaimanapun, harga terjun ke bawah menjelang Jumaat selepas Baker Hughes melaporkan bahawa pelantar minyak mentah meningkat sebanyak 10 hingga 662 pada minggu lepas, menyaksikan pertambahan minyak mentah paling banyak sejak pertengahan 2011.

Ric Spooner, Ketua Penganalisis Pasaran CMC mengeluarkan pandangan bahawa perhimpunan harga minyak mentah pada minggu lalu banyak didorong oleh sekatan bekalan di Libya. Dalam masa yang sama, jangkaan terhadap lanjutan perjanjian pemotongan bekalan oleh OPEC dan non-OPEC juga membantu pengukuhan komoditi terbabit.

Menurut beliau lagi, sekarang pasaran menjadi semakin perlahan apabila kebanyakan pelabur mengambil pendekatan untuk mendapatkan petunjuk tambahan yang akan mempengaruhi sentimen logam hitam.

Data yang Bercampur-Campur Melemahkan Momentum Matawang AUD!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat