Minyak Mentah Kecundang Gara-gara Kebimbangan Inflasi

301

Dagangan emas hitam kembali merosot susulan data inflasi Amerika Syarikat yang lebih tinggi daripada jangkaan telah mencetuskan spekulasi pasaran bahawa AS akan mengambil tindakan agresif untuk mengekang harga minyak.

Presiden AS, Joe Biden dikatakan telah meminta agar Majlis Ekonomi mencari jalan untuk mengurangkan kos tenaga, dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan untuk menolak semula manipulasi pasaran dalam sektor tenaga untuk menangani inflasi.

Bacaan inflasi yang dikeluarkan lebih tinggi pada hari Rabu telah menambahkan lagi kegusaran pedagang bahawa pentadbiran AS akan mengambil langkah segera untuk menanganinya.

Kadar inflasi tahunan AS telah meningkat ke tahap tertinggi sejak tahun 1990 dengan kenaikan sebanyak 6.2% pada bulan Oktober.

Pada sesi Eropah. niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit suust pada $82.75 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan pada $81.45 setong.

Selain itu, harga turut terkesan selepas bacaan laporan bekalan minyak mentah AS yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan peningkatan sebanyak 1 juta tong pada minggu lalu berbanding jangkaan untuk meningkat 2.1 juta tong.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat