Minyak Mentah Merosot, Ekonomi China Pula Jadi Punca Utama?

149

Hari ini, harga minyak menurun kerana sentimen ekonomi yang tidak memberangsangkan di China serta memberi kesan buruk pada aktiviti import minyak dunia.

Namun, harga masih berada pada tahap keuntungan bulanan pertama sejak September apabila konflik Timur Tengah yang berlarutan menimbulkan kebimbangan bekalan.

Harga minyak mentah Brent untuk bulan Mac yang tamat pada hari ini merosot sebanyak 31 sen (0.4%) kepada $82.56 per tong dan kontrak yang lebih aktif untuk bulan April turun 29 sen kepada $82.21.

Harga bagi minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS juga susut 25 sen (0.3%) kepada $77.57 per tong.

Berdasarkan laporan aktiviti perkilangan di China, ekonomi dan pengguna minyak terbesar dunia itu menguncup untuk bulan keempat berturut-turut pada Januari. Tinjauan rasmi pada hari ini menunjukkan momentum ekonomi merosot pada permulaan 2024.

Menurut ramalan daripada beberapa penganalisis, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) melihat pertumbuhan permintaan minyak pada 2024 tertumpu oleh penggunaan China dan tanda-tanda ekonomi yang perlahan serta melemahkan prospek tersebut.

Ketua Ekonomi Bank ING, Lynn Song berkata sektor pembuatan China terus menghadapi tekanan disebabkan oleh pemulihan domestik yang lemah dan permintaan luaran yang rendah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua penanda aras minyak itu dijangka akan meningkat bulan ini kerana peperangan Israel-Hamas telah meluas kerana konflik di Laut merah antara Amerika Syarikat dan kumpulan Houthi yang disokong Iran.

Secara langsung, ini telah mengganggu laluan penghantaran kapal tangki minyak dan gas asli serta menambahkan kos penghantaran. Selain itu, kumpulan tentera Iran juga turut menyerang pasukan AS di Iraq, Syria dan Jordan.

Data inventori dari American Petroleum Institute (API) di AS dilihat bercampur-campur. Stok minyak mentah susut sebanyak 2.5 juta tong pada minggu lepas, inventori petrol naik 600,000 tong dan stok sulingan turun sebanyak 2.1 juta tong.

Data kerajaan AS mengenai inventori minyak akan dikeluarkan pada jam 11.30 malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat