MITI Senaraikan 5 Sektor Berpotensi Di Bawah Inisiatif NIA

361

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menyenaraikan 5 sektor utama di bawah inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang mampu menarik perhatian pelabur asing untuk melabur dalam penyelidikan, pembangunan, kemudahan pembuatan dan teknologi baharu.

5 sektor tersebut adalah:

  • elektrik dan elektronik
  • farmaseutikal
  • ekonomi digital
  • aeroangkasa
  • kimia

Menurut Mohamed Azmin, Menteri Kanan merangkap Menteri Miti, sektor-sektor tersebut merupakan antara sektor pertumbuhan ekonomi yang dikenalpasti berpotensi dan selaras dengan inisiatiff NIA yang memberi tumpuan kepada pelaburan berimpak tinggi dan teknologi.

Tambahnya lagi, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan selain mengukuhkan daya saing negara.

Sementara itu Pasukan Petugas Kenderaan Eletrik (EV) telah ditubuhkan sebagai platform membincangkan strategi dan melaksanakan langkah bagi memacu pembangunan EV di dalam negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat