Mnuchin Gesa Kongres A.S Luluskan Pakej Rangsangan Berjumlah $ 2 Trilion!

395

Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin pada hari Isnin telah menggesa Senat A.S agar segera meluluskan rang undang-undang pakej rangasangan ekonomi yang berjumlah besar kerana ia sangat diperlukan buat masa ini bagi membantu perniagaan-perniagaan kecil, para pekerja dan industri seperti syarikat A.S di tengah wabak koronavirus.

Menurut Mnuchin, program yang diharapkan kelulusan ini merangkumi kecairan yang besar sehingga menelan kira-kira berjumlah $ 2 trilion. Pakej yang diumumkan ini adalah selari dengan tindakan the Fed yang mengumumkan penyediaan sehingga $ 4 trilion untuk ekonomi.

Beliau menggesa Senat A.S agar meluluskan langkah ini pada hari Isnin dengan menekankan bahawa orang ramai dan perniagaan akan mendapat manfaat dalam bentuk wang tunai dalam masa 2 hingga 3 minggu akan datang dan ia dapat menahan syarikat-syarikat daripada terpaksa mengambil langkah pemecatan pekerja.

Pelan yang dicadangkan itu akan menawarkan pinjaman kerajaan untuk syarikat kecil yang memiliki 500 pekerja dan kebawah agar membolehkan para majikan dapat membayar 2 bulan gaji dan menangguhkan hutang, katanya.

Beliau mengharapkan agar syarikat kecil tidak memecat para pekerja, dan jika ya, para pekerja tersebut hendaklah dikembalikan kembali pekerjaan mereka kerana kerjaan akan memberi bantuan dari segi kewangan.

Setakat ini bantuan untuk syarikat penerbangan domestik masih dalam rundingan, kata Mnuchin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat