Momentum Kenaikan EUR/USD Mula Pudar, Perubahan Trend Harga Bakal Berlaku?

963

Sentimen pasaran pada awal minggu masih bercampur-campur dengan pandangan optimis terhadap pemulihan ekonomi semasa melemahkan matawang safe-haven US dolar dalam pasaran.

Walaupun begitu, US dolar berpotensi untuk kembali mengukuh dengan risiko ketegangan antara Amerika Syarikat (A.S) dan China. China kini dilaporkan menghentikan pembelian produk pertanian dari A.S termasuk kacang soya. Ini akan kembali mencetuskan kemarahan Presiden Donald Trump.

Bagi data ekonomi pula, data PMI pembuatan A.S tinjauan ISM untuk bulan Mei mencatatkan sedikit peningkatan berbanding bulan sebelumnya, namun masih dalam fasa penguncupan.

Penyusutan US dolar terus memberikan ruang untuk dagangan matawang utama yang lain meneruskan pengukuhan.

Namun begitu, Euro dilihat gagal memanfaatkan peluang untuk melonjak lebih tinggi berbanding US dolar pada carta harga pasangan EUR/USD semalam.

Perkembangan laporan berkenaan dana pemulihan di Eropah akan memberi respon terhadap pelabur sekaligus mempengaruhi pergerakan harga bagi matawang Euro.

Kenaikan tertinggi dicapai semalam sekitar paras 1.11540 dan menunjukkan pergerakan menurun pada sesi Eropah dan New York.

Pelabur juga berhati-hati untuk dagangan Euro menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis ini.

Harga pada carta EUR/USD masih lagi bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan trend kekal bullish.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, zon resistance di bawah paras 1.12000 dilihat akan menjadi tumpuan harga.

Kenaikan akan mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk dagangan bagi tempoh 2 bulan.

Sementara jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah melepasi sokongan dinamik MA50, perubahan trend bearish akan dijangkakan.

Harga bakal turun menuju semula zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.10000 sebelum penurunan lebih rendah menguji pula zon RBS 1.09000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat