Momentum Tamat, Bursa Dibuka Rendah Pada Hari Terakhir 2021

149

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kehilangan 2.14 mata kepada 1,541.47 daripada penutupan Khamis pada 1,543.61.

Indeks dibuka 0.62 mata pada 1,542.99.

Ia dibuka rendah namun pasaran dijangka menyaksikan satu lagi sesi pembelian selamat akhir tahun sekiranya momentum lantunan semasa berterusan.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 119 berbanding 114, manakala 210 kaunter pula tidak berubah, 1,847 tidak didagangkan dan 31 digantung.

Jumlah perolehan pada 118.36 juta unit bernilai RM39.27 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan buat jangka masa terdekat saham kesihatan terus mendapat perhatian ekoran kebimbangan terhadap Omicron namun pasaran dijangka beralih ke sektor bertemakan pemulihan memandangkan impak Omicron tidak akan menyebabkan sekatan perjalanan penuh buat masa ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd jatuh 1 sen pada RM8.29 dan RM4.14, Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) dan IHH Healthcare kekal pada RM8.79 dan RM6.78 sementara CIMB Group Holdings Bhd jatuh 3 sen pada RM5.38.

Saham aktif memperlihatkan SMTrack Bhd dan WZ Satu Bhd naik 1 sen pada 18.5 sen dan 24.5 sen, waran Airasia Group Bhd pada 21 sen sementara NCT Alliance Bhd, Destini Bhd dan KNM Group Bhd kekal pada 51.5 sen, 18 sen dan 15 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Shariah susut 4.48 mata pada 12,075.63 dan FBM ACE hilang 13.09 mata pada 6,380.57, indeks FBM Emas turun 10.18 mata pada 11,179.87 dan indeks FBMT 100 kecundang 9.90 mata pada 10,880.39.

Sementara itu, FBM 70 panjat 9.55 mata pada 14,246.49.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.14 mata pada 201.74, indeks Perladangan menguncup 11.38 mata pada 6,577.10 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 228.36 mata pada 15,484.17.

Akhir kata dari Team Intraday, Selamat Tahun dan ingat ‘Baca Intraday, Baru Trade’.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat