Momentum USD Suram, GBP/USD Mencanak 140 Pips Di Awal Minggu

256

Mata wang Eropah dilihat mendapat ruang untuk sedikit peningkatan pada pembukaan pasaran awal minggu ini ekoran dagangan yang bercampur oleh US dolar selepas momentum yang lemah pada terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) penghujung minggu lalu.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya memaparkan kenaikan harian sekitar 140 pips semalam walaupun masih belegar pada zon terendah 2 tahun.

Keyakinan pelabur terhadap Pound walau bagaimanapun kekal suram selepas amaran kemelesetan ekonomi di Britain oleh bank pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu lalu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga membuat penurunan sekali lagi menguji zon support 1.22800 di sesi Asia semalam, setelah penurunan pada Jumaat lalu ke zon tersebut untuk rekod terendah harga dalam tempoh dagangan 2 tahun itu.

Namun lonjakan semula harga berlaku pada sesi Eropah bersambung pada awal sesi pasaran New York ke paras 1.24000 iaitu zon SBR (support become resistance) terbaru pada carta harga.

Namun harga gagal memberi isyarat untuk perubahan trend bullish selepas penurunan semula harga dari zon SBR tersebut ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum pergerakan harga perlahan di sekitar 1.23400 ke penghujung sesi New York.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga dilihat masih mencari-cari arah yang lebih jelas dengan pelabur berwaspada menjelang laporan data inflasi AS yang akan diterbitkan pada Rabu.

Jika kenaikan harga berlaku, zon SBR 1.24000 akan diuji sekali untuk untuk ditembusi ke paras lebih tinggi.

Memberi isyarat awal untuk perubahan trend, kenaikan harga yang diteruskan dilihat boleh melepasi paras 1.25000 sebelum menuju zon rintangan pada sekitar 1.26000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Namun jika trend bearish diteruskan lagi pada minggu ini, zon support 1.22800 akan ditembusi dan pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan harga yang lebih parah.

Sasaran untuk penurunan seterusnya adalah menuju zon sekitar 1.21000 yang pernah menjadi zon sokongan harga pada dagangan Mei 2020.

Selain memberi tumpuan terhadap data inflasi AS pada Rabu, pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap terbitan laporan data pertumbuhan ekonomi UK untuk suku pertama pada Khamis yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat