Muka Ada Senyum, Saham Global Kembali Melantun!

344

Saham Amerika Syarikat kembali mendapat sokongan untuk melantun semula pada hari Khamis, menyaksikan ketiga-tiga indeks utama ditutup ‘hijau’ pada sesi New York.

Ini susulan langkah 11 institusi kewangan terbesar AS yang bekerjasama untuk menyelamatkan First Republic Bank yang sedang bergelut dengan mendepositkan $30 bilion ke dalam bank itu.

Hal ini sekali gus membantu meredakan kebimbangan pelabur dan meningkatkan sentimen pasaran untuk kembali positif.

Bukan itu sahaja, Credit Suisse juga mendapat bantuan daripada Swiss National Bank (SNB) untuk mendapat pinjaman sebanyak $54 bilion.

Rentetan daripada itu, dapat dilihat bahawa saham perbankan serantau kembali meningkat pada sesi terdahulu.

Tiga indeks utama, Dow Jones Industrial naik 1.17% kepada 32,246.56, manakala S&P menokok 1.7% pada 3,960.29 dan Nasdaq lonjak 2.69% pada 12,581.39.

Indeks US30 pula sedikit berubah pada 32,212 ketika sesi Asia setelah mencatat kenaikan lebih 1% pada hari Khamis.

Nasdaq diterajui oleh lonjakan kukuh dalam saham AMD, Intel dan NVIDIA berikutan permintaan untuk saham cip yang kekal kuat.

Dalam pada itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen turut cuba meredakan kebimbangan pelabur dengan berkata sistem perbankan AS kekal kukuh dan rakyat Amerika boleh berasa yakin bahawa deposit mereka akan ada apabila diperlukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat