Harga minyak mentah di Asia terpengaruh dengan data industri yang menunjukkan trend berterusan untuk stok simpanan produk minyak mentah dan produk tapisan. Sementara itu, peluang pembekuan bekalan bagi pertemuan pengeluar utama dan beberapa ahli OPEC dilihat tipis.
Minyak mentah di New York meningkat 0.04% kepada $44.69 setong. Minyak brent pula menunjukkan penyusutan sebanyak 0.03%.
Institut Petroleum Amerika mengeluarkan anggaran inventori mentah menurun sebanyak 750,000 tong minggu lalu. Stok petrol juga menurun sebanyak 3.7 juta tong.
Sebelum ini, harga minyak mentah menjunam hampir 3% selepas kedua-dua menteri Arab Saudi dan Iran menafikan harapan untuk pembekuan bekalan atau mengurangkan pengeluaran minyak dalam mesyuarat tidak rasmi tersebut.
Hal ini kerana, kedua-dua menteri tersebut menganggap pertemuan kali ini hanya “rundingan”.
Lekai dari Hong Kong Ini Beri 5 Nasihat Yang Bakal Membantu Anda!