Musim ‘Pemburuan Lembu’ Bermula?

226

Bursa Malaysia memperlihatkan aktiviti bargain-hunting pada awal pagi selepas mengalami sesi penjualan pada awal minggu ekoran ketidaktentuan meluas pasaran.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur dilihat mencari saham pengguna yang berbentuk defensif lebih-lebih lagi dengan ketidaktentuan pasaran menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, bursa tempatan juga dijangka mengalami keadaan sama ekoran ketiadaan pemangkin positif baharu.

Sungguhpun begitu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) naik 0.94 mata pada 1,387.76 daripada penutupan Selasa pada 1,386.82 dengan pembukaan baik 1.46 mata pada 1,388.28.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 166 atasi kerugian pada 109, manakala 208 kaunter pula tidak berubah, 1,875 tidak didagangkan dan 17 digantung.

Jumlah perolehan pada 142.22 juta unit bernilai RM63.98 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 4 sen pada RM8.48, Public Bank Bhd capai 2 sen pada RM4.22 dan CIMB Group Holdings Bhd lonjak 1 sen pada RM5.30 sementara Petronas Chemicals Group Bhd hilang 2 sen pada RM8.57 dan IHH Healthcare Bhd jatuh 6 sen pada RM5.59.

Saham aktif memperlihatkan Privasia Technology Bhd naik 2 sen pada 13 sen, Tanco Holdings Bhd mendatar pada 30 sen dan Vinvest Capital Holdings Bhd kekal pada 19.5 sen manakala SNS Network Technology Bhd  tambah 0.5 sen pada 25 sen dan Impiana Hotels Bhd capai 0.5 sen pada 2 sen.

Di papan indeks, FBM Emas capai  9.8 mata pada 9,910.67, FBM 70 naik 17.9 mata pada 12,050.67, FBMT 100 raih 8.4 mata pada 9,663.39, FBM Emas Shariah kurang 15.38 mata pada 9,895.4 dan FBM ACE tambah 3.72 mata pada 4,656.56.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan naik 60.37 mata pada 15,945.51, indeks Produk serta Perkhidmatan kurang 0.48 mata pada 170.11,  indeks Perladangan turun 20.04 mata pada 6,355.71 dan indeks Tenaga susut 2.95 mata pada 672.81.

Sementara itu, ringgit didagangkan mendatar 4.6720/6760 berbanding dolar daripada penutupan 4.6720/6745.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat