Musk VS Jack Dorsey: Dari Twitter Ke ‘Meja Diskusi’!

1,350

Pada hari ini, komuniti kripto sekali lagi dikejutkan dengan kenyataan Elon Musk mengenai Bitcoin dan kripto (Shiba Inu) selepas beberapa hari menyepi. Kenyataan beliau telah mendapat sambutan dalam kalangan komuniti dan juga jutawan.

Rentetan perbincangan antara Elon Musk dan Jack Dorsey telah membawa kepada persetujuan kedua belah pihak untuk membincangkan lebih lanjut pada acara Bitcoin pada bulan Julai.

Dalam untaian Twitter, Musk membalas tweet dari Dorsey yang membawa maksud promosi acara yang disebut “The B Word,” yang bertujuan untuk mendorong syarikat dan pelabur institusi untuk menggunakan bitcoin.

Musk cuba untuk berseloroh dalam maklum balas beliau terhadaap tweet Dorsey. Namun Dorsey membalas dengan mengajak beliau untuk berdiskusi di acara tersebut. Disitu Musk boleh kongsikan apa sahaja yang menganggu fikiran beliau.

Musk akhirnya menyatakan persetujuan untuk berdiskusi. Acara bitcoin tersebut akan diadakan pada 21 Julai yang akan membolehkan para pelabur mendapatkan maklumat langsung yang lebih tepat mengenai peranan Bitcoin dalam dunia.

Pada Januari lalu, Musk telah mengumumkan secara terbuka sokongan beliau terhadap Bitcoin, kemudian pada bulan Februari menyaksikan bahawa Tesla telah membeli bitcoin bernilai $ 1.5 bilion dan akan mula menerimanya sebagai kaedah pembayaran.

Walaubagaimanapun, sejak awal Jun ini beliau mula mengumumkan nada yang berbeza terhadap Bitcoin. Kenyataan ini telah mendorong harga Bitcoin menjunam seiring dengan sentimen negatif.

Ketika penulisan, harga BTC didagangkan pada harga $33,039.20 seunit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat