Nah Dahsyat Betul! TVK Sudah Mula Tunjuk Aksi Lagak Ngeri

502

Tampaknya pasaran Non-Fungible Token terus meraih perhatian apabila dilihat kebanyakan token NFT kekal membuat paras ketinggian yang terbaharu.

Adakah sekarang ini sedang berlaku peralihan kepada season NFT?

Terra Virtual Kolect (TVK) juga tidak terlepas untuk mencorak trend kenaikan yang drastik dan mungkin memberi sedikit kelegaan kepada pelabur yang telah membeli token TVK di paras harga yang tinggi.

Untuk pengetahuan, Terra Virtual adalah ekosistem ‘cross-platform’ NFT yang memberi pengalaman kepada pengguna untuk memiliki aset seni digital eksklusif dengan pemilikan mutlak secara online.

Ia dipamerkan dalam ruang peribadi maya dan boleh dipaparkan secara virtual reality (VR) iaitu kombinasi antara dunia realiti dan dunia maya.

Setakat pertengahan bulan Julai sahaja, pegerakan harga TVK telah mempamerkan kenaikan melebihi 200% jika dilihat kepada carta TVK/BUSD.

Menerusi kenaikan tersebut, harga TVK terus mencatat paras tertinggi terbaru bagi bulan Julai dan kekal untuk bergerak dengan trend bullish.

Harga dijangka bakal kembali menguji paras resistance yang sukar ditembusi pada penghujung pasaran Mei sekitar $0.28 jika pergerakan harga TVK mengekalkan corak kenaikan.

Sekiranya paras resistance $0.28 berkenaan berjaya ditembusi, zon resistance berikutnya sekitar $0.34-$0.36 akan kembali diuji.

Pengukuhan lonjakan dilihat bakal menyokong harga TVK untuk melonjak lebih tinggi dan menguji semula paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $1.24.

Namun jika pergerakan harga TVK kembali membuat penurunan, paras RBS (resistance become support) $0.18 akan menjadi paras tumpuan untuk dituju.

Jika penurunan harga terus berlaku, kemungkinan harga bakal kembali menguji zon RBS yang terendah sekitar $0.12-$0.13.

Setakat jam 2.30 tengahari waktu tempatan, harga TVK membuat lonjakan melebihi 8% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.25.

Lihat gambar carta matawang kripto TVK/BUSD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat