“Wow prestasi yang sangat mengagumkan, siapa beli kripto ni mesti gembira kan.”
Altcoin Sherpa, penganalisis mata wang kripto popular meramalkan Avalanche (AVAX) yang merupakan salah satu pesaing Ethereum (ETH) bakal menggunung lebih 30% daripada harga semasanya pada masa hadapan.
Memandangkan AVAX telah menyaksikan pergerakan kenaikan agak besar pada 15 November 2023 dengan canak 150% dalam sebulan, harganya berpotensi untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi, ulas Altcoin Sherpa kepada 197,900 pengikutnya di platform media sosial X.
Menerusi pemerhatian, AVAX sudah memecahkan zon rintangan utamanya pada $21.17 diikuti $22, oleh itu penganalisis kripto tersebut menjangkakan harganya pada masa ini mungkin akan cuba untuk mencapai $29.33.
Suka dimaklumkan bahawa paras $29 adalah tidak mustahil untuk dicapai sekiranya harga AVAX dapat mengekalkan kedudukannya di atas $23.
Pada masa ini, harga AVAX mencatatkan pendakian 10.49% pada paras $22.79 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $8 bilion dan volum dagangan $2 bilion kemudian melonjak lebih 74.17% sepanjang minggu lepas.
Selain AVAX, Altcoin Sherpa berpandangan BTC perlu menembusi $38,000 terlebih dahulu untuk mencapai $40,000, tetapi jika harganya turun maka aset digital tersebut dijangka akan kembali semula pada $35,000.
Penganalisis kripto itu juga menjangkakan Chainlink (LINK) akan menguji semula paras $12.50 atau $11.50 dalam masa terdekat ini.