Nak Mula Trade Di Sesi Asia? Jom Baca Sini Dulu

644

US dolar kekal mempertahankan pengukuhan ketika pelabur mempertimbangkan adakah perubahan akomodatif dari Bank Pusat Eropah (ECB) akan menjejaskan euro, sementara pound pula terus terkesan oleh ketidakpastian Brexit.

Pergerakan yang dipaparkan oleh kebanyakan matawang utama di sesi Asia kekal perlahan dengan dolar Aussie dan kiwi terus didagangkan mendatar sejak sesi dagangan semalam meskipun dengan ketegangan AS-China yang semakin meningkat susulan sekatan terbaru yang bakal dikenakan oleh pentadbiran Trump ke atas Beijing.

Sementara itu, tumpuan utama pada minggu ini adalah mesyuarat polisi ECB pada hari Khamis.

Kebanyakan penganalisis tidak menjangkakan sebarang perubahan dalam pendekatan bank pusat, tetapi melihat kepada petunjuk mengenai inflasi dan adakah ECB prihatin dengan kekuatan euro.

Pada awal bulan ini, euro telah meraih pengukuhan sehingga ke tahap tertinggi dua tahun di atas paras harga 1.2000 berbanding USD, sebelum kembali ditolak jatuh oleh kenyataan ketua ekonomi ECB Philip Lane.

Matawang pound terus menyusut lebih rendah dengan didagangkan di sekitar harga 1.3149 berbanding USD ekoran krisis Brexit yang kembali menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan no-deal Brexit.

Selain itu, dolar Kanada pula kembali mencatatkan penurunan berbanding USD di tengah-tengah penyusutan harga minyak mentah, dibelenggu oleh kebimbangan terhadap pemulihan permintaan minyak global yang semakin memudar.

Di sisi lain, US dolar terus didagangkan menguat berbanding safe-haven yen ketika tumpuan pasaran terus terarah kepada pemilihan perdana menteri baru untuk menggantikan Shinzo Abe yang meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat