Nasdaq akan terbuka untuk menghadirkan platform perdagangan dagangan matawang crypto seperti Bitcoin jika pasaran bitcoin telah mencapai kematangan, menurut CEO syarikat.
Menurut CEO Nasdaq, Adena Friedman, pada ketika ini Nasdaq sedang mempertimbangkan platform pertukaran dagangan matawang crypto. Apabila kami katakan bahawa kami sedang memerhatikanya dan menunggu masa yang tepat bermaksud orang ramai telah bersedia dengan dagangan crypto yang terkawal.
Buat masa ini halangan Nasdaq dan institusi pelaburan lain ialah undang-undang pengawal seliaan, dimana Friedman berpendapat ia harus jelas dahulu sebelum syarikat menambah platform dagangan crypto. Beliau melihat aset digital ini memiliki potensi pada masa hadapan.’
Dalam masa yang sama Nasdaq juga memberi dukungan kepada platform matawang crypto yang lain.
Pada hari Rabu, syarikat tersebut telah mengumumkan hubungan kerjasama dengan platform perdagangan crypto Gemini. Rundingan ini membolehkan Gemini menggunakan teknologi Nasdaq
Setakat harini, harga bitcoin berada pada paras harga $8,931.22