Nepal Makin Parah! 100,000 Kes Jangkitan Covid-19 Dicatatkan!

256

Menurut kementerian kesihatan, kes jangkitan coronavirus Nepal telah melepasi angka 100,000 pada hari ini dan mencatatkan peningkatan pada kadar yang lebih cepat daripada Pakistan dan Bangladesh, yang mempunyai populasi yang jauh lebih besar.

Negara yang memiliki sebanyak 30 juta penduduk di antara China dan India telah melaporkan sebanyak 100,676 kes jangkitan Covid-19 dan 600 angka kematian. Pada hari ini, sebanyak 2,059 kes jangkitan harian baru dan 10 kematian setelah menjalankan sebanyak 13,279 ujian.

Bandar Kathmandum iaitu Bandar terbesar di Nepal dan sekitarnya telah menyumbang lebih dari satu pertiga daripada semua kes jangkitan.

Lebih malang lagi, sekiranya jangkitan di bandar tersebut terus meningkat pada kadar ini, hospital tidak akan dapat menampung jumlah pesawat yang semakin meningkat akibat wabak itu.

Tambahan daripada itu, terdapat 181 unit rawatan rapi dan 76 ventilator di Kathmandu dan bandar-bandar berdekatan Lalitpur dan Bhaktapur dengan jumlah penduduk 4 juta orang.

Namun, pesakit mendedahkan bahawa tempat tidur ICU adalah tidak mencukupi dan beberapa hospital enggan menerima pesakit Covid-19.

Berikutan dengan kes Covid-19 semakin meningkat, Nepal menguatkuasakan perintah berkurung yang ketat setelah kes positif kedua pada bulan Mac. Malangnya, kes jangkitan semakin meningkat dengan pesat setelah pemerintah mulai mengurangi langkah-langkah pencegahan pada bulan Jun untuk memperbaiki sektor ekonominya yang goyah.

Selain itu, pakar turut mendakwa bahawa pemerintah gagal menerapkan protokol ketat seperti memakai topeng muka, penjarakan sosial dan sanitasi individu bahkan gagal meletakkan mereka yang disyaki menghidap virus tersebut di bawah pengawasan ketat.

Sehubungan dengan itu, pemerintah Nepal mendakwa bahawa negara itu memiliki kemampuan untuk menguji 23,000 sampel setiap hari, ujian yang dilakukan secara harian setakat ini hanya sekitar 13,000 menyebabkan beberapa kes tidak dapat dikesan dan diasingkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat