‘Netanyahu Sengaja ‘Elak’ Rundingan Gencatan Senjata’ – Hamas

196

Kumpulan Islam Palestin, Hamas dalam kenyataannya menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghalang rundingan pembebasan tebusan di Gaza sebagai pengantara dalam menetapkan perjanjian.

Perang yang dahsyat di wilayah Palestin itu semakin parah selama sembilan bulan walaupun proses rundingan sering berbolak balik dan gagal.

Katanya lagi, Netanyahu dilihat dengan sengaja meletakkan pelbagai halangan bagi membatalkan rundingan.

Peningkatan pencerobohan dan jenayah terhadap rakyat Palestin semakin parah apabila tentera Israel semakin mendesak pemindahan orang awam beramai-ramai.

Ketika pertempuran sengit berlaku di Kota Gaza pada hari Isnin, tentera Israel memperluaskan perintah pemindahannya di utara wilayah itu, menyebabkan beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri.

Kerajaan pimpinan Netanyahu itu tegas dalam kenyataannya bahawa sebarang perjanjian akan memboleh Israel berundur diri sekiranya matlamat perang tercapai.

Walau bagaimanapun, pada November lepas seramai 80 tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran 240 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Pengarah CIA, William Burns dan ketua Mossad Israel, David Barnea kini perlu berada di Doha untuk bertemu dengan Perdana Menteri Qatar, Mohammed Bin Abdulrahman Al-Thani bagi membincangkan rundingan baharu.

Hamas beri isyarat bahawa mereka tidak akan lakukan rundingan gencatan senjata lagi jika Israel masih degil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat