NETFLIX – Dari Idea Sewa DVD, Ke Syarikat Penstriman Gergasi Global

265

Tiada siapa boleh menjangka idea ‘simple’ akhirnya suatu hari nanti boleh menawan dunia. Itulah sebenarnya permulaan bagi Netflix.

Bermula dari sebuah idea yang mahu memudahkan pengguna menonton filem kegemaran tanpa perlu keluar dari rumah, kini menjadi sebuah platform penstriman gergasi yang dicintai ramai.

Sejarah Ringkas Netflix

Bertitik tolak pada 1997, 2 usahawan terkemuka iaitu Reed Hasting dan Marc Randolph memulakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan penyewaan DVD di Scotts Valley, California.

Ketika itu, pelanggan perlu membayar sekitar $4 untuk sewa termasuk caj penghantaran $2 untuk filem dalam bentuk DVD pilihan yang kemudiannya akan dihantar terus ke rumah.

Kemudahan penghantaran DVD yang disewa tersebut telah menjadi kelebihan kepada Netflix apabila pesaingnya, Blockbuster hanya menawarkan penyewaan tetapi bukannya penghantaran terus ke rumah.

Pernah suatu ketika, Blockbuster hampir membeli Netflix dengan nilai $50 juta pada awal 2000-an apabila Hasting ingin mengikat perjanjian kerjasama namun ditolak dan akhirnya syarikat memfailkan bankrap pada 2010 sementara Netflix terus raih populariti.

Zaman Kegemilangan Netflix

Memasuki abad 21, Netflix mulai berkembang lebih pesat dan memasuki penyenaraian pada 2002 dengan penawaran awam permulaan (IPO) $15 sesaham untuk 5,500,000 saham dan menjana $82.1 juta pada tahun itu.

Setahun kemudiannya Netflix berjaya mencapai jumlah pengguna 1 juta buat kali pertama sebelum Randolph bertindak untuk menjual pegangannya dan meninggalkan syarikat secara rasmi.

Kemuncak tertinggi dicapai Netflix berlaku pada 2007 apabila ia memperkenalkan perkhidmatan penstriman ‘Watch Now’, yang membenarkan penggunanya menonton rancangan TV atau filem menerusi komputer peribadi mereka (era penstriman Netflix fasa permulaan).

Pada tahun sama juga Netlfix menukar corak perniagaan dari sewaan DVD tradisional kepada penstriman internet dan jumlah penggunanya berganda 20% kepada 7.5 juta.

Berevolusi dari tempoh itu, Netflix perlahan-lahan membina nama dengan teknologi penstriman sehingga melancarkan rancangan TV keluarannya sendiri pada 2013 yang dipanggil House of Card.

Zaman Kejatuhan Netflix

Di sebalik keindahan yang dicapai Netflix, isu kontroversi tidak dapat dielakkan dengan perkhidmatan tersebut menjadi platform utama memaparkan tema LGBTQ.

Sungguhpun LGBTQ disambut baik di Barat namun ia mendapat tentangan kuat di negara-negara Islam seperti Arab Saudi dan ahli Majlis Kerjasama negara timur tengah.

Rata-rata negara tersebut mengkritik kandungan yang dipaparkan Netflix yang dikatakan ‘bertentangan dengan nilai Islam’.

Pada awal tahun 2022, Netflix menyaksikan penyusutan jumlah penggunanya sehingga menyebabkan harga saham syarikat susut melebihi 50%.

Menurut laporan pendapatan korporat bersuku syarikat, peningkatan jumlah persaingan dalam industri penstriman telah menyebabkan kejatuhan jumlah penggunanya.

Atas faktor itu juga Netflix terpaksa melanggar visi syarikat yang dipegang Hasting iaitu mula memaparkan pengiklanan dalam perkhidmatan penstrimannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat