New Zealand Dah Jumpa Punca Penularan Covid-19?

1,270

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden mengatakan keyakinan beliau bahawa mereka telah berhasil mengesan punca wabak Covid-19 yang dilaporkan pada Selasa, sehingga mendorong langkah penutupan dilaksanakan di seluruh negara.

Pihak berkuasa kesihatan mengaitkan kluster Covid-19 yang sedang berkembang di negara itu mempunyai kaitan kuat dengan varian Delta dari Australia, dan hasil siasatan lanjut mendapati individu pertama yang dijangkiti wabak tersebut baru sahaja tiba dari Sydney pada 7 Ogos lalu.

Beliau mengatakan wabak itu tidak berada terlalu lama dalam komuniti seperti yang dibimbangkan, memandangkan individu berkenaan sudah menjalani kuarantin sejak tiba ke negara itu.

Bagaimanapun, dolar New Zealand gagal memberi reaksi kepada perkembangan positif tersebut, dengan terus didagangkan lemah di sekitar paras terendah 9 bulan berbanding USD.

Terdahulu, PM Arden telah mengumumkan langkah penutupan selama tiga hari di seluruh negara selepas satu kes komuniti Covid-19 pertama kali dikesan di Auckland dalam tempoh enam bulan.

Langkah tersebut turut memberi kesan kepada keputusan polisi Bank Pusat New Zealand (RBNZ) untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%, tersasar dari jangkaan pasaran untuk kenaikan pada 0.50%.

Jumlah keseluruhan daripada kluster tersebut telah bertambah menjadi 21 kes, di mana 11 lagi jangkitan telah dilaporkan pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat