New Zealand Dan China Capai Kesepakatan Perjanjian Perdagangan- Ini Yang Terjadi Kepada Kiwi

290

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan telah membuat kesepakatan dalam menaik taraf perjanjian perdagangan bebasnya dengan China. Pengumuman tersebut dibuat melalui pertemuan beliau bersama Perdana Menteri China Li Keqiang di Bangkok.

Terdahulu, perjanjian perdagangan asal ditandatangani pada tahun 2008 dan kemudiannya dirunding semula untuk dipertingkatkan pada November 2016 di bawah pemerintahan negara sebelumnya.

Antara butiran dalam perjanjian yang dipertingkatkan adalah menjadikan eksport ke China lebih mudah dan dapat mengurangkan kos pematuhan bagi eksport New Zealand yang bernilai berjuta-juta dolar setiap tahun.

Selain itu, ia juga dapat menjamin komitmen dari Beijing untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar dan memastikan piawaian alam sekitar tidak digunakan untuk tujuan perlindungan perdagangan.

Akhir sekali, memastikan hampir semua perdagangan kayu dan kertas New Zealand akan mempunyai akses keutamaan China, dengan penghapusan tarif dalam tempoh 10 tahun terhadap 12 produk kayu dan kertas yang bernilai 36 juta dolar NZD dalam perdagangan ke China.

Susulan daripada itu, dagangan kiwi dan dolar Aussie antara yang mendapat manfaat daripada berita ini dengan kiwi mengatasi prestasi matawang G10. Dolar New Zealand melonjak ke paras tertinggi dalam tiga bulan berbanding USD manakala dolar Aussie turut menghampiri paras tertinggi yang dicapai pada 31 Oktober namun dihadkan oleh data jualan runcit yang rendah.

China merupakan rakan perdagangan terbesar New Zealand dengan perdagangan dua hala baru-baru ini melebihi 32 bilion dolar NZD.

Hubungan itu sebelum ini goyah semasa di bawah pemerintahan Ardern di mana ia mengkritik pemberian pinjaman China kepada Pasifik, dan meolak tawaran untuk membolehkan teknologi Huawei China untuk mengambil bahagian dalam rangkaian 5G negara yang dirancang namun kembali pulih selepas rundingan disambung kembali.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat