NFP Dijangka Suram, Ini Perkara Pelabur Perlu Cakna!

502

Para pelabur kini bersiap sedia menanti terbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan pada bulan September.

Menyingkap semula beberapa data ekonomi yang telah diterbitkan minggu ini, secara keseluruhannya pasaran buruh dilihat masih stabil.

Walaupun data kerajaan minggu ini menunjukkan pembukaan pekerjaan menurun sebanyak 1.1 juta, penurunan terbesar sejak April 2020, namun masih terdapat 4 juta kekosongan berbanding orang Amerika yang menganggur.

Malah, tinjauan ISM yang diterbitkan pada hari Rabu juga memaparkan beberapa industri perkhidmatan melaporkan kekurangan buruh pada September.

Sementara itu, data pekerjaan sektor swasta ADP turut  mengejutkan pasaran dengan menunjukkan pertambahan sebanyak 208,000 daripada catatan sebelumnya sebanyak 185,000.

Walaupun begitu, jumlah tuntutan pengangguran AS pula menunjukkan angka berbeza dengan mencatatkan peningkatan pada minggu lepas yang mencetuskan ketidaktentuan terhadap jangkaan pelabur.

Pada bulan September, ekonomi AS diramalkan mencatat pertambahan pekerjaan lebih perlahan dengan catatan sebanyak 250,000 daripada 315,000 yang direkodkan pada Ogos.

Bagaimanapun, kadar pengangguran dijangka kekal tidak berubah pada 3.7% setelah peningkatan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Apa pandangan anda mengenai angka NFP yang akan dikeluarkan malam ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat