NFT Suntingan Pertama Wikipedia “Hello, World!” Dilelong Pada Harga RM 3.15 Juta!

610

Wikipedia pun jual non-fungible token (NFT), menandakan rekod pertama platform ini menyertai ekosistem NFT.

Difahamkan rumah bida Christie’s telah membida ‘The Birth of Wikipedia’ yang memiliki NFT suntingan pertama Wikipedia dan Strawberry iMac yang digunakan oleh pengasas bersama Wikipedia, Jimmy Wales.

Difahamkan NFT tersebut disunting oleh Wales: “Hello, World!”, selepas pelancaran Wikipedia pada 15 Januari 2001.

Kedua-dua aset itu dijual pada tanda harga:

  • NFT Wikipedia: $750,000 (RM3.155 juta)
  • Strawberry iMac: $187,500 (RM786,709)

Menariknya tentang NFT tersebut, ia masih mengekalkan susun atur halaman utama yang digunakan pada 2001, berdasarkan kod sumber terawal.

Manakala Strawberry iMac digunakan oleh Wales untuk penubuhan dan pemantauan laman Wikipedia.

Mungkin tanpa iMac tersebut, Wikipedia tidak pernah wujud dan kita pun tidak kenal laman paling terkenal untuk ‘mencedok’ sumber. Terima kasih, Wiki!

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat