Niaga Hadapan AS Melantun, Pasaran Ekuiti Singgah Wilayah Hijau

154

Aliran ekuiti pasaran Asia-Pasifik bergerak dalam momentum memberangsangkan sementara niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) membuat lantunan mengejut.

Nikkei 225 Jepun memulakan dagangan dengan mencatat keuntungan 1.19% sementara Topix lonjak 1.2% dan Kospi Korea Selatan canak 0.16%.

Niaga hadapan Dow Jones Industrial Average melompat 300 mata pada 1%, niaga hadapan S&P 500 mencapai 1.1% dan niaga hadapan Nasdaq 100 meningkat 1.1% walaupun Wall Street masih ditutup untuk cuti sempena Juneteenth.

Sebagai pengetahuan, pasaran ekuiti AS minggu lepas mengalami kerugian mingguan ke-10 dalam 11 minggu selepas kenaikan 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed).

Difahamkan juga bahawa ia telah memberi kesan mendalam kepada sentimen pelabur mengenai kesan tindakan tersebut terhadap ekonomi, yang secara tidak langsung boleh membawa kepada kemelesetan.

Juga, pasaran kekal berhati-hati minggu ini dengan Presiden Fed Jerome Powell bakal beri keterangan di hadapan Kongres pada Rabu dan Khamis, selain rancangan Bank Pusat Eropah (ECB) yang akan naikkan kadar 2 kali selepas ini.

Sebelum ini, Presiden ECB Christine Lagarde menyatakan sokongan kenaikan kadar dalam memastikan inflasi menstabil pada sasaran 2%.

Pergerakan mata wang pula menyaksikan indeks dolar berada pada 104.407 sementara Yen Jepun melemah 135.05.

Bagi komoditi pula, harga minyak kekal tinggi dengan penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent naik 1.04% pada $115.32 sementara niaga hadapan minyak mentah AS tambah 1.82% pada $111.55 setong.

Disisi berbeza, mata wang kripto masih mengalami fasa bearish dengan Bitcoin (BTC) junam ke paras terendah baharu 2022 pada $17,601.58 sebelum naik semula ke paras $20,000 pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat