Nigel Farage – Parti Brexit Tidak Akan Turut Bertanding Merebut Kerusi Dalam Pilihanraya!

378

Matawang Sterling mengkuh pada hari Isnin selepas Ketua Parti Brexit, Nigel Farage mengatakan bahawa parti beliau tidak akan ikut serta bertanding untuk merebut mana-mana kerusi dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 12 Disember ini.

Keputusan yang diambil Nigel Farage ini telah meningkatkan peluang parti Konservatif untuk memenangi undian majoriti dan seterusnya kepada perlaksanaan perjanjian pengeluaran EU yang telah dipersetujui bulan lalu.

Farage telah memberitahu dalam mesyuarat Parti Brexit bahawa keptusan ini diambil kerana bagi mengelakkan daripada berlakunya refrendum kedua dan menurut beliau juga perkara tersebut adalah paling penting bagi negara UK.

Kini Parti Konservatif memegang 317 kerusi daripada 655 kerusi dalam Dewan rendah Parlimen, House of Commons. Walaupun Parti Konservatif memiliki suara dalam tinjauan pendapat negara namun ia masih belum mencukupi untuk menjamin majoriti. Ditambah pula pihak pembangkang memiliki pandangan berbeza mengenai Brexit seperti membatalkan Brexit atau mengadakan referendum kedua.

Matawang pound melonjak naik melebihi 0.50% berbanding US dolar dan matawang Euro setakat jam 10.40 p.m.

Dengan komen Farage ini, kebarangkalian Parti Konservatif untuk mencapai kejayaan dilihat semakin tinggi dan ia juga telah mengurangkan ketidakpastian politik di UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat