Nvidia VS AMD, Siapa Bakal Kuasai Teknologi AI Global?

333

Syarikat gergasi Nvidia Corp dan Advanced Micro Devices Inc (AMD) baru sahaja mempamerkan generasi baharu cip yang memperkasakan ledakan global dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) serta memperkuatkan lagi persaingan dalam bentuk futuristik dan penggunaan.

Ketua pegawai eksekutif Nvidia, Jensen Huang dalam kenyataan bahawa dominasi syarikatnya yang bernilai RM13.14 trilion itu berjaya memonopoli pasaran digital selepas penghasilan OpenAI dan Microsoft Corp yang bergantung dengan perkhidmatan generatif AI seperti ChatGPT.

Pada Ahad lepas, semasa berlangsungnya pembentangan utama di acara teknologi Computex, Huang mendominasi hampir keseluruhan pembentangannya selama dua jam dengan memberi penekanan berkenaan dominasi dalam teknologi akselerator dan cip masa hadapan.

Manakala, AMD melakukan pembentangan secara berkumpulan dengan menjemput Ketua Pegawai Eksekutif HP inc iaitu Enrique Lores dan Luca Rossi dari Lenovo Group Ltd. Teknologi AI mereka lebih berfokus ke arah kerjasama berpasukan dengan syarikat digital gergasi lain, cip yang bersifat neutral dan memberi kelebihan buat rakan kongsi utama.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya kekal fokus dalam memperkukuhkan kedudukan teknologi AI serta kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat-syarikat penting dalam industri digital.

Nvidia melihat kebangkitan AI generatif sebagai satu bentuk revolusi industri baharu dan menjangkakan mereka akan memainkan peranan utama apabila teknologi itu mula beralih ke laptop dan komputer.

Dalam acara tersebut, para delegasi melihat potensi Nvidia untuk lebih mendominasi dan kedudukannya dalam teknologi moden global sukar untuk digugat oleh AMD atau mana-mana pesaing lain dalam jangka masa pendek.

Saham Nvidia meningkat 4.9% di New York pada hari Isnin dan menjadikannya naik 132% tahun ini. Sebaliknya, saham AMD menurun 2%.

Nvidia merupakan syarikat yang menjual sistem proprietari sepenuhnya kepada pelanggan seperti cip, peralatan rangkaian dan sepenuhnya yang diperlukan untuk membangunkan AI. Manakala, AMD pula menonjolkan piawaian terbuka yang menjadikan perisiannya saling beroperasi dengan teknologi lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat