Oh Ingat Terlepas, CEO Vaksin Pfizer Pun Positif Covid-19!

245

‘Kata berkesan tapi kena jugak last-last. Tak tau nak cakap apa lagi.’

Albert Bourla, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer Inc disahkan positif Covid-19 dan sedang menerima rawatan vaksin Paxlovid.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Bourla menerusi ciapan Twitter dengan mengatakan beliau telah diuji positif dan sedang menjalani pengasingan kendiri.

Menurut kenyataan syarikat pula, Bourla dikatakan berada dalam keadaan baik namun beliau juga memperlihatkan simptom sederhana Covid-19.

Suka untuk diingatkan bahawa Bourla sebelum ini telah menerima 4 dos suntikan vaksin yang dibuat oleh Pfizer dengan colaborasi bersama BioNTech SE.

Ini menjadi CEO itu salah seorang daripada ramai orang lain termasuk Joe Biden yang telah dijangkiti sungguhpun menerima vaksinasi penuh dan suntikan tambahan.

Umumnya Coronavirus telah bermutasi kepada pelbagai lagi varian baharu dan memaksa lebih banyak kajian nagi mencari solusinya.

Dalam pada itu, Bourla menerusi bebenang dalam ciapannya mengatakan bahawa dia sangat yakin untuk sembuh memandangkan vaksin yang diambil jelas berkesan terhadap virus tersebut.

Setakat penulisan ini saham Pfizer diniagakan rendah 0.76% pada $49.75 dengan permodalan syarikat sebanyak $279.12 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat