OK! Kali Ini Emas Menang

1,785

Dagangan emas melonjak lebih tinggi pada sesi Asia selepas data inflasi AS menunjukkan bacaan yang lebih lemah daripada dijangkakan dan ini menyebabkan hasil perbendaharaan AS dan US dolar menghentikan kenaikan.

Indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi pengukur kepada inflasi, menepati jangkaan pasaran dengan meningkat 0.4% pada bulan Februari. Namun, inflasi teras hanya meningkat 1.3% berbanding jangkaan untuk kenaikan 1.4%.

Bacaan ini menunjukkan bahawa peningkatan inflasi tidak seperti yang ditakuti oleh pasaran yang bimbang ia akan melebihi sasaran 2% oleh Federal Reserve (Fed).

Susulan itu, hasil bon AS 10 tahun terus berlegar di sekitar paras 1.5% dan dagangan dolar greenback terus mencatat penyusutan berbanding kebanyakan matawang utama pada awal sesi Asia.

Penyusutan ini telah memberi dorongan buat dagangan logam kuning untuk meningkat ke paras tertinggi satu minggu dan didagangkan di sekitar harga $1,731 per auns (12.15 tengahari waktu Malaysia).

Sementara itu, rang undang-undang pakej rangsangan $1.9 trilion mendapat kelulusan mudah pada hari Rabu setelah melalui perdebatan di peringkat Dewan Perwakilan. Presiden Joe Biden dijangka akan menandatanganinya menjadi undang-undang pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat