Operasi Terjejas Akibat COVID-19, AirAsia Mohon Pinjaman Kerajaan?

1,565

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau sedang berbincang dengan kerajaan bagi mendapatkan pinjaman untuk syarikat penerbangan bajet itu sebagai satu cara untuk terus menyokong kedudukan tunai ketika berada dalam persekitaran operasi yang sukar.

Menurut Tony Fernandes, disebabkan sekatan perjalanan yang dikenakan untuk membendung penularan wabak pandemik coronavirus, kemerosotan dalam jualan telah menjejaskan syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, beliau tetap optimis apabila syarikat itu bakal membuka semula jualan pada penghujung bulan ini.

Dalam temubual bersama Bloomberg TV, Tony berkata AirAsia Group mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk mempertahankan syarikat itu buat sementara waktu, ketika operasi dihentikan selama sebulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, Tony tidak bersetuju bahawa syarikat itu perlu diselamatkan, malah yakin dengan kedudukan tunai sedia ada bagi menampung untuk sebahagian besar tahun ini dan sekiranya jualan kembali pulih, mereka akan kembali baik.

Namun, menurut beliau, ia adalah baik untuk mendapatkan pinjaman dan mereka dikatakan sedang mengusahakannya dengan kerajaan.

Selain itu, beliau juga menafikan mengenai peluang penggabungan dan pengambilalihan sedang dibincangkan, namun tidak menolak jika terdapat sebarang kemungkinan ia akan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat