Ops! Komuniti Uniswap Riuh Gara-Gara Delta (DELTA)

336

Laporan mendedahkan projek terbaru DeFi, dikenali Delta (DELTA) telah dilancarkan di Uniswap.

Bagaimanapun, ekoran daripada ciri Delta yang mengetengahkan sistem pelunasan (rebasing system) menyebabkan jumlah perdagangan di platform Uniswap mencatatkan rekod yang luar biasa berbanding kebiasaannya.

Dalam tempoh 24 jam, jumlah perdagangan di platform itu meroket 450%, daripada $1.6 bilion pada 29 Mac kepada $7.17 bilion pada hari berikutnya.

Ini menjadikan ia satu rekod tertinggi selepas 26 Oktober 2020 ($2.22 bilion) di mana ketika itu Harvest Finance digodam menggunakan flash loans daripada Uniswap.

Puncanya bermula daripada jumlah koin DELTA yang didagangkan sebanyak $6.13 bilion atau 85% daripada jumlah keseluruhan walaupun kecairannya hanya $16.4 juta.

Pengasasnya, Hayden Adams menjelaskan statistik daripada DELTA tidak akan dikira dalam jumlah global Uniswap kerana ciri protokolnya yang lain daripada yang lain. Keputusan itu akhirnya membawa kepada nilai sebenar jumlah perdagangan sekitar $1.05 bilion, satu nilai yang normal bagi dagangan harian di Uniswap.

Malah, komuniti Uniswap di Twitter dilihat kecoh dengan kehadiran Delta yang telah menganggu rekod dagangan sebenar di platform itu.

Tidak terhenti di situ, pembangun anonymous bersama pasukan CORE yang membina Delta telah melancarkan kontrak pintar yang membenarkan hampir $11 bilion jumlah perdagangan untuk satu token didaftarkan dalam 24 jam di Uniswap. Walaupun ia dianggap sebagai satu rekod baru, namun ia dilihat akan gagal bertahan untuk jangka masa yang lama.

Isu tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan industri desentralisasi kerana tindakan pembangun itu disifatkan sebagai satu ancaman kepada statistik Uniswap menjadi tidak bermakna.

Ketika penulisan, Uniswap (UNI) didagangkan pada $28.40, susut hampir 1%. Manakala bagi Delta (DELTA) mencatatkan $19.40, melonja hampir 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat