Orang Terkaya Dunia, Gautam Adani Di Ambang Kehancuran!

1,927

Jutawan India, Gautam Adani menjadi isu utama minggu lalu selepas syarikatnya didakwa melakukan penipuan oleh short seller dari Amerika Syarikat.

Dakwaan itu dibuat Hindenburg Research, firma penyelidikan kewangan berpangkalan di New York yang terkenal dengan kempen short-sellingnya.

Minggu lalu, ia telah mengeluarkan laporan yang menuduh Adani Group terlibat dalam memanipulasi saham dan amalan perakaunan yang meragukan.

Menurut laporan tersebut, kumpulan itu telah menggunakan ‘perakaunan kreatif’ untuk meningkatkan angka pendapatan dan keuntungannya. Ia juga didakwa telah melebihkan nilai asetnya dan mengecilkan liabilitinya.

Selain itu, Adani Group juga dikatakan menggunakan urus niaga pihak berkaitan untuk memindahkan wang antara pelbagai syarikatnya untuk menjadi kewangannya lebih menguntungkan.

Rentetan daripada itu, syarikat tersebut menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya dan menyifatkannya sebagai berniat jahat.

Pun begitu, penafian tersebut gagal membendung ‘malapetaka’ yang disebabkan dakwaan Hindenburg Research.

Impaknya, saham dalam syarikat terkemuka Adani Enterprises terjun bebas hampir 20% pada Jumaat selain turut memberi tempias kepada beberapa firma tersenarai awam lain untuk jatuh lebih jauh.

Ekoran kekecohan itu juga, nilai pasaran syarikat itu hilang lebih $50 bilion dan melenyapkan lebih $20 bilion kekayaan Gautam Adani.

Bukan itu sahaja, kedudukan Gautam Adani sebagai orang ketiga terkaya di dunia juga hilang setelah beliau ditolak jatuh ke kedudukan ketujuh dalam senarai jutawan Forbes.

Bagaimanapun, beliau masih mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Asia setakat Jumaat lalu dengan memiliki anggaran nilai bersih lebih $96 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat