Origin Protocol (OGN) Manfaatkan Sistem Menarik Dalam Pasaran!

94

Origin Protocol sebuah rangkaian yang membolehkan peserta berkongsi barangan dan perkhidmatan melalui rangkaian peer-to-peer (P2P), bertujuan untuk memperluaskan pasaran online bagi memanfaatkan blockchain Ethereum (ETH) dan Sistem Fail Interplanetary (IPFS) untuk menghapuskan keperluan orang tengah.

Pada masa yang sama, Origin Protocol membawa NFT dan DeFi kepada orang ramai.

Dilancarkan pada 2017 oleh Josh Fraser dan Matthew Liu.

Menariknya, visi Origin Protocol mewujudkan sistem teragih di mana pengguna boleh mempromosikan produk mereka dan memberi tumpuan kepada perdagangan secara percuma untuk setiap barangan dan perkhidmatan, pada harga pasaran sebenar tanpa gangguan pihak ketiga.

Melihat kepada carta OGN/USDT, pergerakan harga OGN telah mencetuskan rekod pasaran yang cemerlang dengan menghasilkan kenaikan agresif lebih 2,500% pada pasaran 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $3.39 pada 8 April yang lalu.

Daripada pandangan sudut teknikal, pergerakan harga OGN sedang berlegar-legar untuk melepasi paras rintangan $0.74 dimana paras tersebut adalah sukar ditembusi sebelum ini.

Untuk jangkaan seterusnya, jika OGN berjaya melepasi paras tersebut, zon SBR (support become resistance) sekitar $0.80 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau menuju ke zon SBR yang seterusnya.

Namun jika harga OGN kembali meneruskan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji zon SBR sekitar $0.60 sebelum menuju ke paras sokongan yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Sewaktu penulisan, OGN/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.66 susut lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto OGN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat