Padah Cetus Perang Harga, Arab Saudi Tanggung Akibatnya

952

Sembilan bulan setelah perang harga minyak kedua terbesar Arab Saudi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, negara itu kini berdepan dengan impak daripada tindakannya terhadap ekonominya sendiri.

Data terbaru yang diterbitkan pada akhir September memperlihatkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Arab Saudi menguncup 7% tahun ke tahun pada suku kedua 2020, di mana pertumbuhan dalam sektor swasta menunjukkan penguncupan 10.1% sementara sektor awam pula negatif 3.5%.

Pendapatan minyak Arab Saudi pada separuh pertama tahun ini 35% lebih rendah daripada tahun sebelumnya, sementara pendapatan bukan minyak pula turun 37%. Tambahan daripada itu, pada suku kedua 2020 saja, kegiatan penyulingan petroleum negara mencatat penurunan 14%.

Ini mengakibatkan defisit akaun semasa sebanyak SAR67.4 bilion ($ 18 bilion), atau 12% daripada KDNK, berbanding dengan lebihan SAR42.9 bilion, atau 5.8% daripada KDNK, tahun sebelumnya, menurut Lembaga Umum Statistik Arab Saudi.

Bagaimanapun, punca utama yang menyumbang kepada kemerosotan ini bukanlah hanya disebabkan permintaan minyak dunia yang terjejas akibat penularan Covid-19 tetapi juga angkara perang harga yang dicetuskan oleh Arab Saudi dengan meningkatkan pengeluaran minyak mentahnya.

Bagi pasaran yang sudah dipenuhi dengan bekalan minyak berikutan permintaan yang terus menurun, kesan harga dari sisi penawaran telah membawa bencana besar dan menyebabkan harga berubah negatif buat pertama kali dalam sejarah pada kontrak niaga hadapan WTI untuk bulan Mei.

Krisis Covid-19 yang pada awalnya disangkakan tidak serius, akhirnya terus memberi impak besar terhadap pasaran minyak mentah dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat